SAHABAT SETIA

Friday, August 5, 2011

Gadis Bertudung Putih



Aku tujukan lagu ni buat big bro MAY, walau mereka tak kenal aku, aku adalah salah seorang peminat mereka yang setia. Aku harap abg Abu May ingat lagi aku, budak yang kalah masa Battle Of The Band di Kapit...he..he.. Hidup abg Abu..!!!

Ketika lagu ni mula kuar, kalau tak silap aku, aku berumur 9 tahun, darjah 3. Tak sangka sehinggalah aku dewasa, lagu ni tak pernah jemu aku dengar dan nyanyikan.
Seolah2 menjadi reality, aku dijodohkan dengan gadis yang bertudung putih. Tapi ada list biru sikit kat tudong beliau

Monday, August 1, 2011

Ku Dalam Dilema - May



Cover song dari aku, sebuah lagu lama, aku tujukan buat kumpulan May. Aku tahu aku takkan mampu setanding mereka. Tapi lagu ini aku tujukan buat penat lelah diorang nyanyi untuk menghiburkan aku dari aku kecik2 sampai aku besar. Cacat cela rakaman, mohon maaf. Kerana main belasah guna mic biasa je... Tq.

Sunday, November 28, 2010

Outing 1/2010 : Manusia & Guitar

Ketika aku menulis artikel ni, aku sangat le mengantuk. Oleh kerana keghairahan ngan outing hari ni, aku mengagahkan diri mengangkat jari jemari aku ini untuk menaip.

Lama dah geng Kapit ni tak outing. Dulu-dulu selalu jugak ketika zaman Cikgu Sebandi & Kiki masih bertahta. Tapi ketiadaan mereka seolah-olah membawa lari semangat outing kami ke tempat mereka transfer.

ok, kali ni, outing aku ngan Lockon. Beliau sangat handal dengan flash Nissin beliau. Aku banyak gak belajar darinya. Sayangnya kali ini Encik Herry tidak dapat bersama atas urusan yang amat sukar diabaikan. Untuk makluman kalian, Herry & Lockon adalah bakat baru yang aku kenal.

Ok.. aku ngan Lockon...eh lupa pulak, adik beliau pun ada bersama. Nama aku dah lupa. Model kali ini ialah Encik Jep dan keluarga, awek 2 orang dan....jeng..jeng..jeng...aku sendiri...Zulkha!!!

Tema:
Tema kali ini kami mengunakan gitar dan manusia sebagai manusia. Hasilnya, 3 gambar seperti yang anda lihat di bawah. mengapa gitar, kerana gitar adalah penghibur, penghibur dikala bersedih seperti lelaki dibawah (aku tu..), bersedih dan gitar menjadi penghibur hatinya sendiri. Begitu juga kisahnya nya ngan gadis 2 orang tu pulak, mengunakan gitar untuk mengorat aku...he..he..cewah.. dan seorang abah bermain gitar untuk menghiburkan keluarganya.

Keluarga & Gitar

Itulah peranan gitar, ilham ini aku ambil kerana minat aku dengar muzik dan gitar adalah sesuatu yang istimewa. Wassalam

Tuesday, November 16, 2010

Lawatan Muhibbah Sokanjaya Betong Ke JKR Kapit

12-14.11.2010 adalah tarikh dimana Sokanjaya Betong melawat kapit. Persiapan telah dibuat oleh Sokanjaya Kapit agak lancar. Disni aku ceritakan sedikit apa yang berlaku pada hari tersebut.

Futsal Wanita : Seri 0-0

Perlawanan yang agak dramatik bak kata penonton yang datang. Aku mengatakan bak kata penonton, sebab aku tak sempat menonton perlawanan diorang kerana hari hujan agak lebat. Sori ye girls..hee..hee... Tapi tak pe..masih ada gambar-gambar korang yang aku ambik.










Agak kesal sikit aku sebab tak sempat melihat aksi-aksi diorang semua. Jangan salah faham ye, aksi yang baik baik je tau. Setelah mengamati gambar betul-betul, kelihatan Puan AA kita, Puan Liza jili berjersi pasukan, tertanya-tanya pulak aku, macam mana dia main futsal ye?..he..he.. Jangan marah kak.


Lawatan Ke Ford Sylvia
Lepas main bola. Kami jalan-jalan...











Bola Sepak : Sokanjaya KAPIT kalah sikit je...



Erm...better aku cakap Sokanjaya Kapit Kalah sikit je. Kalau aku bubuh Sokanjaya Kapit tewas...patinya aku tak boleh tido sepertimana manager Dunga, Brazil menerima kekalahan ketika menentang Belanda ketika Piala Dunia yang lepas. Aku pun turut sama merasai kekecewaan. 3 hari tak boleh tido bila Brazil kalah dalam persaingan piala dunia. Apatah lagi Dunga yang mungkin 3 bulan tak boleh tido.

Tewas 1-2 kepada JKR Betong bukanlah bermakna semua harapan Sokanjaya Kapit berakhir, tetapi sebenarnya semua itu adalah langkah pertama pasukan ini. Seperti kanak-kanak yang baru belajar berjalan, takkan terus mampu berlari dan menyertai larian marathon atau larian pecut 100 meter. Pastinya ketika masih kanak-kanak kita akan terjatuh, dan bangkit kembali tanpa putus asa. Kalau putus asa kita takkan melihat Encik Arani berlari pantas tempoh hari dan berlaga dengan Bagik dalam perlawanan persahabatan sebelum menentang Betong. Maknanya beliau tak berputus asa ketika masih kanak-kanak, kalau tak pastinya Encik Arrani merangkak dengan kedua belah tangan tanda beliau putus asa dan Encik Bagik membawa kain merah macam sang metador.

Kecewa memang le kecewa, tetapi kita perlu menerima hakikat kerana pasukan Sokanjaya Kapit adalah pasukan baru yang 100% pemain dari JKR Kapit sendiri tanpa mengharapkan pemain luar seperti sebelum ini. Kira kali ini kita bermain dengan kaki sendiri maknanya bukan meminjam kaki orang lain untuk bermain.

Biarpun kalah masih ada atmosfera positif dalam pasukan ini terutama tentang komitment pasukan. Pemain-pemain dipilih berdasarkan komitment yang diberikan. Disebabkan komitment masa latihan tinggi jadi terpaksa juga le ada yang tersingkir dari pasukan. Kepada yang tak terpilih, aku mohon maaf banyak-banyak ye...

Ketika perlawanan, antara yang menjadi punca kekalahan Pasukan Sokanjaya Kapit adalah kerana pemain tidak benar-benar fit. Pasukan Sokanjaya Betong baru tukar pemain seorang, kita dah tukar 8 orang pemain dah...he..he.. Mungkin juga kerana faktor latihan yang kurang menyebabkan jadi begini. Tapi tak pe..kita try lagi..aku sendiri pun tak fit.

Ok geng. Walaupun kalah sekurang-kurangnya aku dapat satu kad kuning. Korang ada tak?
Harap team kita akan berlatih bersungguh-sungguh dan menebus kekalahan di Betong nanti.








Majlis Makan Malam : Walaupun Kalah Petang Tadi, kami masih boleh menyanyi


Tidak seperti Dunga atau pasukan Brazil yang tak dapat tido malam selama 3 bulan seperti aku ceritakan mula-mula tadi, pasukan kami agak berlainan. Kami happy pada malam tersebut dengan makan-makan, cabutan bertuah. karaoke dan banyak lagi aktiviti sampingan. Aku sendiri selaku wakil pasukan Bola Sepak Sokanjaya Kapit telah menghadiahkan sebuah lagu yang amat teristimewa kepada pasukan Bola Sepak Betong yang berjudul "Sketsa Sebuah Cinta" yang dipopularkan oleh kumpulan May. Antara tujuan utama aku menujukan lagu ini supaya mereka leka dengan alam percintaan. Ini adalah strategi JKR Kapit untuk memperdayakan JKR Betong dalam bola sepak. Sama ada berkesan atau tidak strategi ini, kita tunggu perlawanan timbal balik tahun depan. Tungguuu......